Admin nak sambung lah ye...
8. Za'faran / Saffron
Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan dengan maksudnya:
"Sesiapa yg mengambil sebahagian
Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu),
diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setia hari, maka dia
dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan zihir"
Za'faron ini mempunyai banyak khasiat
lain, antaranya penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta
melancarkan pengaliran darah.
9. Barli
Barli https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=884786539396753026#editor/target=post;postID=2394858501158756050berkhasiat sebagai penyejuk badan.
Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
Selain dari itu ia juga dapat
mengurangkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan
mengurangkan risiko kencing manis (tetapi jangan campurkan dengan gula).
10. Roti
Roti yang paling bagus adalah yang diperbuat daripada gandum (kerana mudah dicernakan). Sebaik-baiknya, roti dibiarkan sejuk dahulu sebelum dimakan, jika tidak, kita akan merasa haus apabila memakannya Manakala, roti yang lama dan tidak elok akan menyebukan perut
Nabi s.a.w. bersabda:
"Jangan potong roti dengan isau. Hormatilah roti itu dengan memotong dgn tanganmu kerana Allah menghormati roti itu"
11. Susu kambing
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Akan tiba suatu
masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang
Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah,
hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa
bencana"
Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang.
Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.
12. Halia
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat17, Surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'.
Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. Halia juga dikatakan mampu melegakan rasa loya, penyakit sendi dan membantu pengedaran darah.
13. Halba
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".
Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan
sakit perut (memulas). Wanita arab suka mengambil halba ni untuk
cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba menambahkan susu
badan. Halba juga dapat membantu mengurangkan gula, merendahkan
kolesterol, melegakan batuk kronik, bengkak gusi dan sebagai pembuka
selera.
14. Cuka
Cuka
epal mengandungi pelbagai khasiat dan dikatakan menjadi tonik kesihatan
bagi masyarakat Greek. Cuka epal adalah cuka yang terhasil daripada
proses farmentasi buah epal.
Nabi sangat sukakan cuka dan kadangkala mengamalnya bersama roti, sabdanya:
"Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku"
Ia dikatakan dapat menghilangkan kelesuan badan, mengubat penyakit hati, memecahkan lemak di badan, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stress.
Nabi sangat sukakan cuka dan kadangkala mengamalnya bersama roti, sabdanya:
"Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku"
Ia dikatakan dapat menghilangkan kelesuan badan, mengubat penyakit hati, memecahkan lemak di badan, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stress.
Demikianlah!!!.. Nanti tengok part 3 pulak ye..
Sumber: http://ibuamiruluwais.blogspot.com/2013/05/21-jenis-makanan-sunnah.html