Tuesday, 22 April 2014

Orang Pertama...

Assalamualaikum.

Admin nak tanya siapakah yang pertama cipta telefon? Ya betul, Alexander Graham Bell. Yang pertama cipta kereta? Karl Benz. Yang mencipta kod Morse? Samuel Morse. Ok,  ni soalan cepumas. Siapa yang pertama menulis kalimah Bismillah (krikk..krikk)... Siapa ya? Hmmm, kita begitu sibuk nak tahu, siapa yang mencipta teknologi-teknologi yang ada sekarang ni. Tapi, orang pertama yang melakukan perkara-perkara asas dalam Islam? 










1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman 'AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan sa'ie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar.

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab.

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali Ra

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan : Bilal bin Rabah.

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abu Talib 
18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary.

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RA

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abu Talib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abu Talib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Haaa, sekarang dah tahu kan, siapa yang pertama menulis Bismillah. 
Teruskan menuntut ilmu!
Sumber rujukan:http://ping.busuk.org/v/257906/orang-pertama-tulis-bismillah.html


Monday, 14 April 2014

Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa

Assalamualaikum.

Pada saat ini, admin nak kata pasal SENYUM :) Senyum ni ada pelbagai kebaikan tau...



Senyum itu sedekah...



(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang 
 Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar 

 Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain 

 Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu

 Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka

 Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

Oleh itu, kita haruslah senyum sokmo... Samada kita sedang happy ataupun sedih... :)

Teruskan menuntut ilmu!

Saturday, 5 April 2014

Mengada-adakan Cerita Semata-Mata Untuk Menyelesaikan Perselisihan

Assalamualaikum.

Hari ni admin nak cakap pasal mengada-adakan cerita semata-mata untuk menyelesaikan perselisihan atau mendamaikan pergaduhan. Ada hadis Nabi tau...

Hazrat Humaid bin Abdurrahman rah. meriwayatkan daripada ibunya rh bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,"Sesiapa yang mengada-adakan cerita semata-mata untuk mendamaikan antara dua pihak tidak dikira berdusta berdusta yakni tidak akan terkena dosa berdusta," (Hadis riwayat Abu Daud)

Admin tak nak kupas banyak-banyak pasal hadis ni sebab admin pun bukannya reti sangat... =D

 
Teruskan menuntut ilmu!

Friday, 4 April 2014

Sedekah Itu Sebahagian Daripada Iman

Assalamualaikum...
Hari ini, admin nak cakap pasal sedekah. Apakah maksud sedekah? Sedekah ialah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kita sedekah juga kenalah senyap-senyap. Ini adalah satu sabdaan Nabi Muhammad SAW mengenai kelebihan bersedekah secara senyap-senyap.
 
Sayyidina Abu Umamah RH berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Bersedekah secara sembunyi menyejukkan kemurkaan Allah SWT," (Hadis Riwayat Tabrani: Majma uz-Zawaid)

Haaa... betapa besarnya fadhilat bersedakah secara senyap-senyap. Bukannya apa, kadang-kadang tu, kalau kita cakap dekat orang yang kita sedekah, nanti akan timbul rasa riya'. Nanti sedekah kita tak diterima oleh Allah pula... Ok lah.. dah panjang dah ni...

Teruskan menuntut ilmu!

Tuesday, 1 April 2014

Rasul-rasul Ulul Azmi

Assalamualaikum.

Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam.
Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.

Kalau nak ingat nabi-nabi Ulul Azmi siapa, ingat je MINIM.

MINIM ialah:

M-Muhammad SAW
I-  Isa AS
N- Nuh AS
I-  Ibrahim AS
M-Musa AS
Teruskan menuntut ilmu!