Tuesday, 22 July 2014

Hobi : Memanfaatkan Masa atau Membuang Masa ???

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan Salam Ramadan!!!

Baru ni, admin pergi AmCorp Mall... Tau tak AmCorp Mall kat mana??? 




 Haaa, kat sinilahhhh... Buat pencinta barang-barang antik, pengumpul kamera lama (macam admin XD), pengumpul Hot Wheels even patung Barbie pun,,,,,,,, sinilah tempatnya nak pergi...

Asalnya, sebab nak pergi sini ialah, untuk menyupport (ada ye perkataan ni?!?!?!) hobi baru my sis (Blog Si Cilik visit blog dia yea), baru ada beberapa keping setem, dia dah interested nak kumpul setem... Asalnya, dia nak tolong kawan dia... So, dia tolong la kumpulkan jugak... Bila dah ada jumlah setem macam 5, 6 keping macam tu, so, dia interested nak kumpul setem...

   So, kitorang pun pergi le AmCorp Mall, sebab tahu, segala benda barang antik ada kat situ... Just name it... kamera lama, telefon lama, duit syiling lama, gramaphone andddddd piring hitam pun ada... mmmm, U all tahu kan, piring hitam tu apa?
   Ni lah piring hitam... Dia macam CD besar gileerr... ok, back to the story... Kitorang pergi ke flea market (kat tingkat bawah sekali, kat Giant)... kalau kat atas, tak banyak sangat (ADA ye!!! cuma tak banyak)... enjoy la gambar-gambar kat bawah ni dulu..

















   Kitorang beli setem kat gambar yang pertama tu... N then I saw a camera lama tau... Bila ambik RM 30... Murah la kan... Tapi bajet admin tak cukup... So, dah tanam dah niat... Nak jugak kamera tu... So, jalan-jalan, jumpa kamera lain tapi lama la jugak... RM 10 jeeee.... So, lepas sesi pujuk-memujuk, aku pun beli... Yeayyyy... Best gilerr...

   So, itulah kisah admin... Back to the title: Hobi: Memanfaatkan Masa Atau Membuang Masa???
Sebenarnya, pada PENDAPAT (let me highlight the word 'PENDAPAT') admin, hobi ini memanfaatkan masa lapang... Janganlah kita stress sangat ngan hobi ni, sampai nak marah orang... Ataupun, sampai guna duit banyak2 untuk beli setem... Bukan salah, cumanya beli setem sampai duit nak makan tu kenapa kan???

   Janganlah jugak kita cakap hobi ni buang masa, buang fulus la... Sebenarnya faedah nya banyak tau... Contohnya, kalau kita kumpul setem, kita dapat mengetahui tentang negara tu.... Baru admin tahu, yang negara Yaman ada banyak meowww.... Sebab setem2 dari Yaman banyak kucing... 

   Ni cuma pendapat admin tau... Kalau ada terkasar bahasa, tersilap gaya penulisan, maafkanlah ye... Nabi Muhammad SAW pun maafkan umatnya... Sapelah kita kalau nak dibandingkan dengan Junjungan Agung... Ok Assalamualaikum...

Sunday, 20 July 2014

People Come n People Go

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baru ni, hari Jumaat, masa sahur, admin dapat tahu bahawa pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Masa tu, admin mamai tau... So, my mom cakap pesawat MAS, n I thought that MH370... So, I guess semua dah okay la kan... N then, lepas sahur, I mintak confirmation la, 

"So, semua orang dah meninggal la dalam MH 370 tu?"

"Awak ingat MH 370 ke?? Ni lain la!!!" my mom said.

I was shocked... So, masa tu, memikirkan ada tak saudara yang nak balik Malaysia... Raya... I've been asking from head to toe...  Lepas tu, tengok facebook... Ramai jugak orang yang dah tahu... Bila tengok-tengok... Ada saudara dari belah ayah update satatus yang menyatakan abang dia (iaitu saudara admin jugak la) ada dalam pesawat tu.. Masa baca tu, rasa macam taknak percaya je... ='(

Sekarang ni, pihak berkuasa sedang berusaha membuat apa yang mereka mampu... Kita, sebagai orang biasa, kita bukannya boleh pergi ke Ukraine.. So, kita hanya boleh berdoa... Kita doalah supaya roh-roh mereka ditempatkan di kalangan syuhada' dan kita doakan supaya urusan pihak berkuasa berjalan dengan lancar.... 

Admin bukannya tukang analisis... Sama ada dia tersilap tembak ke, atau atas statemen lain yang dinyatakan, tapi, semua makhluk hidup akan mati jugak akhirnya... Yang membezakan hanyalah cara... Ada orang meninggal dunia masa eksiden, penyakit dan sebagainya.. Sudah tertulis di Lauh Mahfuz, yang penumpang dan krew kabin MH 17 meninggalkan dunia yang fana ini cara macam tu... Takda orang yang boleh bangkang... 

Sama-samalah kita sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada mereka... Assalamualaikum...

 

Sajak untuk Gaza

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Ukhwah.

Hari ni, admin nak post pasal sajak yang admin karang sendiri... Admin tak pernah belajar buat sajak ni... So, pembaca-pembaca yang pandai sastera, halalkan je lah ye... =)..

Wahai saudara-saudariku, 
Saat insan lain menatap jam bagi melihat waktu berbuka,
Engkau melihat ke arah udara untuk melihat bom yang akan dijatuhkan.

Wahai saudara-saudariku, 
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Para lelaki ditembak tanpa belas kasihan
Para wanita dicabul kehormatan tanpa rasa ihsan
Para kanak-kanak dibom

Wahai saudara-saudariku, 
Bertabahlah
Sesungguhnya, pengorbanan kamu itu lebih penting daripada kekalahan Brazil
Yang mereka katakan pengejutan terbesar bagi Piala Dunia

Wahai saudara-saudariku,
Saat Brazil dibelasah oleh Germany
Engkau dibunuh, dibom, ditembak atas dasar ego
Bertabahlah

Wahai saudara-saudariku,
Jangan takut
Jangan gentar
Kerana Jannah menantimu.

 

Haaa... Itulah dia... Ok tak??? Okay, assalamualaikum... 

Friday, 4 July 2014

Membazar Jangan Sampai Membazir !!!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan al-Mubarak.

Wah, pejam celik pejam celik dah bulan Ramadan ye... Korang semua puasa tak??? Hehehe.. jangan marah ye... Bulan Ramadan jugalah, syaitan diikat.. Hmmmm.... Tapikan, takde syaitan pun, kita masih membazir... MEMBAZIR??? macam mana pulak boleh membazir ye???



Wahhhh... macam-macam ada... Kaswi, cara, cara berlauk, dengan segala macam talamnya, macam mana tak tergiur??? Pastu, dengan deretan tong-tong air yang berwarna-warni... air sirap, air kelapa, air cincau... Kita, bila puasa, nampak air masak pun dah 'terancam'... Itulah manusia, bila bab membeli makanan nak berbuka memang nombor satu... Tapi, bila berkumandang je azan Maghrib, makan sikit... Beli bukan main banyak...

   Okay, tadi admin cakap, syaitan takde bulan puasa... So, macam mana kita boleh membazir??? Jawapannya, sebab ikut nafsu kita.. Apabila kita melangkah nak pergi ke pasar ramadhan, kita dah terfikir nak apa kan??? Nak roti john la, nak nasi lemak la... Macam2... Bila dah buka puasa, dia sentuh serba sikit je... Pastu kenyang... So, baki yang ada tadi tu, diberikan kepada Cik Tong Sampah...

Kalau kita kira-kira, berapa banyak yang kita buang tu, kita akan menangis... Sebab banyak... Bagi sesetengah orang, dia akan berfikir, 'Ayoyo, bazir duit... Baik takyah beli!!!'...
Ada lagi yang setengah tu, dia akan berfikiran, 'Hmmm, bazir je beli banyak2... Baik sedekah kat orang yang takde langsung makanan... So, marilah kita muhasabah diri... 

Moral of the story : Apabila nak pergi ke pasar ramadan, tanya diri sendiri, nak makan apa.... Supaya, nanti kat pasar, takdelah kita nak tergiur kat sume benda..Sebab, kita dah set target nak makan apa, so, In ShaAllah, kurang sikit nafsu tu.. =)

p/s: Kalau ada terkasar bahasa atau gaya penulisan, admin menyusun sepuluh jari admin yang runcing ni (heheh, perasaan sikit ye.. jangan marah..) mohon maafkan =)








Wednesday, 4 June 2014

24434 : Direct Line To Our Khaliq

Assalamualaikum.

   Kaifa haluka? Alhamdulillah, ana bil khair... heheh, selingan Bahasa Arab sikit ye =) Sekarang ni, waktu apa ya??? Ya, waktu cuti... Semua murid sekolah, baik sekolah rendah atau sekolah menengah menunggu waktu cuti... Kata diorang, boleh bangun lambat... Mmmm, bangun lambat??? Tak solat Subuh ke???
  
   Okay, mungkin bagi kaum Hawa, adalah pelepasan sikit... Kita kan ABC (Allah bagi cuti) ;)... Tapi, itu bukan alasan untuk bangkit lambat.. Ooops, dah tersasar... Back to the main point, cuti-cuti pun, tak boleh tinggalkan solat 5 waktu... Biasanya yang paling liat ialah solat Subuh la... Sebab, solat Subuh kena bangun awal pagi... Biasanya, bila jam loceng berbunyi, (atau ada yang dikejutkan ibu) buat persiapan nak pergi sekolah tu, terus solat la kan???


   Tapi, cuti lain, sekolah takde... Mungkin ada yang bangun solat Subuh. Lepas solat, tidur balik... Saudara-saudariku sekalian, tak baik tidur selepas Subuh... nanti rezeki tak masuk rumah... ingat ye kaum Hawa sekalian!... walaupun ABC, bangunlah buat 'housework'...

   Sepatutnya, cutilah, kita kena 'improve' kan solat kita... Jaga kualiti solat kita... Kita boleh memperbaiki mutu solat kita dengan solat-solat sunat...

   Hmmm, dah panjang lebar ni... Kalau hal solat, memang panjang lebar... In Sha Allah, nanti admin sambung lagi bab solat ni ye... Ini cuma pengenalan dulu je... Assalamualaikum... (nanti teruskan tengok blog ni ye.. Nanti ada post lagi, In Sha Allah =) )