Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Ukhwah.
Hari ni, admin nak post pasal sajak yang admin karang sendiri... Admin tak pernah belajar buat sajak ni... So, pembaca-pembaca yang pandai sastera, halalkan je lah ye... =)..
Wahai saudara-saudariku,
Saat insan lain menatap jam bagi melihat waktu berbuka,
Engkau melihat ke arah udara untuk melihat bom yang akan dijatuhkan.
Wahai saudara-saudariku,
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Para lelaki ditembak tanpa belas kasihan
Para wanita dicabul kehormatan tanpa rasa ihsan
Para kanak-kanak dibom
Wahai saudara-saudariku,
Bertabahlah
Sesungguhnya, pengorbanan kamu itu lebih penting daripada kekalahan Brazil
Yang mereka katakan pengejutan terbesar bagi Piala Dunia
Wahai saudara-saudariku,
Saat Brazil dibelasah oleh Germany
Engkau dibunuh, dibom, ditembak atas dasar ego
Bertabahlah
Wahai saudara-saudariku,
Jangan takut
Jangan gentar
Kerana Jannah menantimu.
Haaa... Itulah dia... Ok tak??? Okay, assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment