Wednesday, 17 September 2014

Tetamu : Rahmat atau Bebanan?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

   Sekarang ni musim cuti sekolah kan, mesti ramai orang datang rumah... Atau kita pergi rumah orang... Balik kampung ke.. Pergi rumah kawan ke... Kita, apabila pergi ke rumah orang lain, kita dipanggil tetamu, betul tak? Dan, dalam bab macam ni pun ada adab dia tau... 


   Antaranya ialah:

1) Tetapkan niat kita tu.. Apa tujuan kita nak ziarah rumah orang... Nak makan free? Nak buat bising? Nak mengumpat orang lain? Atau untuk mengeratkan hubungan silaturrahim...

2) Seeloknya, beritahulah tuan rumah terlebih dahulu... Maybe 2, 3 weeks macam tu... Lebih-lebih lagi yang nak bermalam... Tuan rumah nak kemas-kemas rumah dia... Nak sediakan apa yang patut... Jangan main sergah macam tu je tau...

3) Memilih masa yang sesuai... Jangan datang awal pagi, atau larut malam... Orang baru nak 'landing', tiba-tiba, "Assalamualaikum!! Oh Assalamualaikum".. Terkejut mak...

4) Elakkan bertamu lebih dari tiga hari... Lainlah kalau tuan rumah yang menggalakkan... Tuan rumah kena sediakan keperluan tetamu selama 3 hari jerr... Kalau lebih dari tiga hari, dah bukan tanggungjawab tuan rumah untuk sediakan keperluan kita... Tapi, kalau tuan rumah buat jugak, itu dikira sedekah...

5) Janganlah disebabkan kita, berlaku pergaduhan dalam family tuan rumah tu... Tak senang duduk kita...

6) Sebagai tetamu, janganlah buat suka hati kita je... Keluar masuk rumah... Kalau nak buat study group, main tinggal tuan rumah macam tu je... Walaupun tu rumah tok/ nenek / opah (kampung lerr) kita, kita tak boleh macam tu... Kalau ada air-cond, main bukak satu hari.. Kalau rumah saudara kita pun tak boleh buat macam tu, apatah lagi orang yang bukan darah daging kita... =)

7) Jaga mata, jangan curi dengar atau mengintai... Tak elok tau... Rumah si tuan rumah ni, ada banyak barang hiasan yang berharga.. Janganlah duk ambik tiba-tiba... Kang pecah kang... Aiyokkkkk...

Haaa.. Ni adalah antara adab untuk tetamu... Untuk tuan rumah takde ke? Ada lah!

1) Terimalah tetamu dengan muka yang manis.. Berjabat tangan... Tanya khabar.. Jangalah tetamu datang je, muka yang asalnya cantik, nanti nampak macam Jeruk Pak Ali... Nggak elok tawww.. 

2) Menjamu tetamu... Jamulah tetamu mengikut kemampuan kita... Jangan kemas selagi tetamu tak habis makan...

3) Menyediakan keperluan tetamu... Kalau tetamu tak bawak tuala, pinjamkanlah se.. Toksehle kedekut sangat... 

Rasanya tu dulu kot...Sebenarnya ada banyak lagi, tapi penat den nak senaraikan.. Assalamualaikum!!

Monday, 15 September 2014

Kawan Atau Sahabat?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

 Comment allez-vous??? Haa, kalau tak paham, google translate lah ye... Ni seminggu cuti, tak pergi mana-mana ke? Baru ni, admin pergi PD tau... Kalau uolls tak tahu, admin ada dua mioww... So, sebelm bertolak tu, kenalah make sure yang diorang ni ada kat rumah kan... Panggil bukan main panggil, yang opah ni (yang warna hitam), dah ada dalam rumah... Debby (yang cekelat tu), tak masuk lagi.. Rupanya, sibuk main ngan kucing jiran.. Debby ni, opah dia kurang layan.. Sebab tu, Debby main ngan kucing jiran... 




   Panggil macam nak terkeluar dah biji tekak ni... Last2, my mother cakap, 

"Biarlah dia!! Nanti kak putih (my beloved catsitter) datang petang nanti"

Sampai macam tu sekali... My Debby ikut kucing jiran....




.....sampai tak nak balik rumah...

   My point here is, kucing pun ikut 'kawan'.. apatah lagi manusia ni... Kebanyakan kes rogol, culik dan sebagainya adalah sebab ikut orang yang kita kenal... Yelah, cer fikir-fikir, ibu bapa sekarang kan didik anak diorang, jangan ikut orang yang tak kenal.. So, kalau macam tu, kenapa masih berlaku kes-kes macam ni?!?!
 
   Sebab ikut orang yang dikenalilah... Sekarang ni, ibu bapa makin sibuk.. So, kanak-kanak atau remaja sekarang takde kawan nak berkomunikasi... Jadi, diorang pilihlah orang yang disangkanya 'kawan'... Bertitik tolak dari situlah, semua ni berlaku...
 
    Untuk mengelakkan semua ni berlaku, kita kenalah pilih teman yang kita nak bersama dengannya.. Sahabat yang boleh mengingatkan apabila kita lalai daripada mengingati Allah... Sahabat yang ada bersama kita sewaktu susah dan senang... Bila senang, datang.. Bila susah, hilang.. Tak nakla, yang spesies macam tu ye =)

   Contohnya, macam yang kita dapat tengok sekarang... Remaja melepak di shopping complex... Bila tanya, buat apa kat shopping complex, cakap tengok wayang... So the main aim is, tengok wayang kan... Ngan family pun boleh... Bukan maksud admin, yang keluar dgn kawan2 tu tak bagus.. tapi, bila kat shopping complex, dah tersasar.. Menggedik pulok doh... 
 
   And parents, please don't jeopardize your children's safety by putting them in danger.. Apa maksud 'putting in danger' tu??? takkan biarkan diorang tengok wayang pun bahaya??? Nilah dia...   Kalau setakat tengok wayang ok lagi.. Ni jumpa lelaki mana entah... And afterwards, fikirlah sendiri...

   Agama itu nasihat... Segala apa yang admin cakap ni, janganlah terasa hati ye.. Pesanan untuk admin dan semua orang di luar sana....



Assalamualaikum!! Enjoy your holidays!!!