Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Comment allez-vous??? Haa, kalau tak paham, google translate lah ye... Ni seminggu cuti, tak pergi mana-mana ke? Baru ni, admin pergi PD tau... Kalau uolls tak tahu, admin ada dua mioww... So, sebelm bertolak tu, kenalah make sure yang diorang ni ada kat rumah kan... Panggil bukan main panggil, yang opah ni (yang warna hitam), dah ada dalam rumah... Debby (yang cekelat tu), tak masuk lagi.. Rupanya, sibuk main ngan kucing jiran.. Debby ni, opah dia kurang layan.. Sebab tu, Debby main ngan kucing jiran...
Panggil macam nak terkeluar dah biji tekak ni... Last2, my mother cakap,
"Biarlah dia!! Nanti kak putih (my beloved catsitter) datang petang nanti"
Sampai macam tu sekali... My Debby ikut kucing jiran....
.....sampai tak nak balik rumah...
My point here is, kucing pun ikut 'kawan'.. apatah lagi manusia ni... Kebanyakan kes rogol, culik dan sebagainya adalah sebab ikut orang yang kita kenal... Yelah, cer fikir-fikir, ibu bapa sekarang kan didik anak diorang, jangan ikut orang yang tak kenal.. So, kalau macam tu, kenapa masih berlaku kes-kes macam ni?!?!
Sebab ikut orang yang dikenalilah... Sekarang ni, ibu bapa makin sibuk.. So, kanak-kanak atau remaja sekarang takde kawan nak berkomunikasi... Jadi, diorang pilihlah orang yang disangkanya 'kawan'... Bertitik tolak dari situlah, semua ni berlaku...
Untuk mengelakkan semua ni berlaku, kita kenalah pilih teman yang kita nak bersama dengannya.. Sahabat yang boleh mengingatkan apabila kita lalai daripada mengingati Allah... Sahabat yang ada bersama kita sewaktu susah dan senang... Bila senang, datang.. Bila susah, hilang.. Tak nakla, yang spesies macam tu ye =)
Contohnya, macam yang kita dapat tengok sekarang... Remaja melepak di shopping complex... Bila tanya, buat apa kat shopping complex, cakap tengok wayang... So the main aim is, tengok wayang kan... Ngan family pun boleh... Bukan maksud admin, yang keluar dgn kawan2 tu tak bagus.. tapi, bila kat shopping complex, dah tersasar.. Menggedik pulok doh...
And parents, please don't jeopardize your children's safety by putting them in danger.. Apa maksud 'putting in danger' tu??? takkan biarkan diorang tengok wayang pun bahaya??? Nilah dia... Kalau setakat tengok wayang ok lagi.. Ni jumpa lelaki mana entah... And afterwards, fikirlah sendiri...
Agama itu nasihat... Segala apa yang admin cakap ni, janganlah terasa hati ye.. Pesanan untuk admin dan semua orang di luar sana....
Assalamualaikum!! Enjoy your holidays!!!
No comments:
Post a Comment